Kenangan Terindah

Mesyuarat Kabinet

Friday, January 15, 2010

Peraturan Baru

tahun yang baru dimulakan dengan peraturan yang baru...
kelas PA mesti bertutur dalam Bahasa Melayu~~
kelas MUET mesti bertutur dalam Bahasa Inggeris~~
kelas Maths T mesti bertutur dalam Bahasa Matematik~~
kelas Physics mesti bertutur dalam Bahasa Fizik~~
kelas Chemistry mesti bertutur dalam Bahasa Kimia~~

wah!!!
rasa amat TERCABAR!!!
aduhai~~~
nampak pelik saja bila nampak 'post' dalam Bahasa Melayu...

nampaknya tahun ini kita akan belajar banyak bahasa yang berlainan.. ><
apabila tamat Tingkatan 6 nanti, kita bolehlah bertutur dalam bahasa yang hanya kita akan faham....

kawan-kawan sekalian,
marilah kita bertutur dalam kelima-lima bahasa yang disebutkan tadi....
tujuannya adalah untuk elakkan diri dari terkena denda di samping untuk memuaskan hati cikgu-cikgu sekalian....

wahai cikgu,
kami telah cuba sedaya upaya tetapi kadang kala akan terlepas cakap dalam bahasa ibunda kami...
maklumlah kami telah bertutur dalam bahasa ibunda kami sejak dilahirkan....
maka tidak hairan bagi kami terlepas cakap dalam bahasa ibunda...
saya bukan hendak membantah peraturan baru ini tetapi harap cikgu maklum sahaja.... terima kasih...

post in english is really normal...
look what i've wrote in malay...
looks fresh yet awkward...haha
anyway, maybe it's a good way to train us or whatever...
so, got to say thanks to all the teachers somehow... ^^

post dalam bahasa Maths T, Kimia, dan Fizik terlalu susah untuk ditaipkan...
untuk belajarnya, mestilah cari dalam terbitan buku masing-masing... ^^

sekian saja untuk kali ini....
jumpa lagi!

2 comments:

Mohammad Yassir Hamidun said...

Semasa proses belajar kita perlu buat silap,

Kalau tidak kita tidak belajar sepenuhya,

Dari kesilapan kita belajar lebih banyak perkara,

Jadi, cikgu sememangnya mejangkakan kesilapan dari kalian,

Kepada yang buat silap dan berusaha membetulkan, SYABAS cikgu ucapkan,

Kepada yang telah buat silap dan masih lagi buat silap, BERUSAHALAH DENGAN LEBIH GIGIH LAGI, belajar tentunya memerlukan kita melepasi halangan kesilapan,

Kepada yang berusaha untuk tidak melakukan kesilapan, TAHNIAH!! Maka anda bertanggungjawab memimpin rakan-rakan yang lain dan pastikan mereka kurang membuat silap.

SELAMAT BELAJAR DAN MEMBUAT SILAP CIKGU UCAPKAN

--{ elyn }-- said...

hahaha...
terima kasih banyak banyak cikgu...
walaupun terasa kelakar komen cikgu, ia agak bermakna juga... =D